entri kali berkenaan dengan perempuan..so pada lelaki, kalau tak malu boleh gak baca..hahahha..entry ni adalah dari hasil penglihatan dan pandangan djevojka sahaja. kalau ada yang terase djevojka minta maaf banyak2 ye..
Perempuan Dulu
credit to pakcik google |
lepas tu kalau nak dalam tutur katanye sungguh sopan...jarang nak dengar la perkataan maki hamun dari mulut dia..cakap pun dalam nada yang perlahan. semut pun tak boleh dengar ape yang dia cakap..hahaha..bila berjalan mesti tunduk sebab malu..gelak pun tutup mulut and tersipu malu nak cover gelak tu..
orang dulu2 banyak nye pandai masak..sebab dari kecil memang diajra masak sebab mcm orang tua cakap kalau belajar tinggi2 pun duduk kat ceruk dapur gak..kalau nak berkahwin mesti pandai masak..kalau tak, orang tak nak kawin dengan dia..huhu..
pergaulan dorang pun terbatas...kebanyakan dorang malu nak berkawan dengan sang kumbang. lagipun mak bapak dorang larang..kalau berkawan nanti memalukan maruah dorang..kalau nak keluar dengan laki mesti keluar ramai2 macam rombongan cik kiah..hahahah..
Perempuan moden
perempuan konon ayu |
dalam pertuturan plak perempuan sekarang dah pandai maki hamun...depan khalayak ramai pun dorang tak segan dah..kalau bercakap pun jauh sebatu orang boleh dengar suara die...gelak plak jangan dikenang la kuatnya..satu pekan boleh dengar..(saya la orang nye 2)
bab masak plak..ramai yang masih tak pandai lagi masak..sebab sekarang kan dah banyak kedai2 makan fast food..lagipun banyak yang dah de bibik..so itu bukan satu masalah pun..perempuan sekarang dah banyak yang bekerja..takde yang terceruk kt dapur..mereka masing2 ade profession tersendiri..balik kerja dah penat, so lagi senang kalau kita beli je..tul tak??tak payang nak pening2.
sekarang kite boleh tengok banyak kapel2 kan..tahap sosial terbuka...boleh bergaul dengan lelaki as long tak melakukan perkara yang memalukan..mak bapak pun dah open minded. kapel2 ni perkara biasa dah...mak bapak pun paham perasaan mereka.
CONCLUSION
in my conclusion, kehidupan ni makin ke depan. so banyak benda yang berubah. kita akan mengikut peredaran zaman kan. walaupun banyak beza dulu dan sekarang, kita lah yang menentukan corak hidup kita. macam mana kita berubah pun, jangan lupa akan benda2 dulu sebab yang dulu mencorak kan hidup kita kini.yang penting ingat diri kita siapa. ingat asal usul kita. jangan terhanyut dengan apa yang ada sekeliling kita.
apa yang djevojka tulis ni bukan nak mengata pihak tertentu..pe yang djevojka tulis semua berdasarkan pengalaman diri sendri.
p/s:waktu saya menulis ini perut daku sedang menyanyikan lagu rock..lapar gile!
PERIBAHASA HARI INI
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
No comments:
Post a Comment